Senario pendidikan Islam dan hala tujunya dalam sistem pendidikan Malaysia

Peningkatan permintaan masyarakat Muslim untuk menempatkan anak mereka di sekolah agama telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainab Ismail, Wan Ibrahim Wan Ahmad, Salasiah Hanin Hamjah, Rosmawati Mohamad Rasit, Hasanah Abd Khafidz, Muhamad Faisal Ashaari
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15436/1/382-Article%20Text-1360-2-10-20200321.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15436/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/25
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peningkatan permintaan masyarakat Muslim untuk menempatkan anak mereka di sekolah agama telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan. Masyarakat Muslim menyakini Pendidikan Islam mempunyai keupayaan untuk membangun anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagaimanapun, hingga kini, setiap sekolah dikehendaki melaporkan bilangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku yang merangkumi kes ringan seperti kelewatan hadir ke sekolah hingga kes serius seperti jenayah. Oleh itu, makalah ini merupakan kajian konsep yang bertujuan untuk mengkaji hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini meninjau literatur berkaitan sejarah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia dan hala tujunya dalam tempoh 2013- 2025. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian menunjukkan hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan generasi yang berpegang kuat nilai-nilai dan kepercayaan agama walaupun mereka berada dalam masyarakat pelbagai budaya. Untuk mencapai hala tuju Pendidikan Islam, guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan utama sebagai pendidik di sekolah dan di rumah.