Sumbangan ilmuwan hadis daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU): satu analisis

Sejarah telah menunjukkan bahawa Orang Kelainan Upaya (OKU) banyak memberi sumbangan dalam menyebarkan dan mengembangkan ilmu pengajian hadis. Kelainan daripada aspek fizikal tidak menghalang golongan ini untuk memberikan sumbangan dalam pendidikan Islam khususnya dalam bidang hadis. Artikel ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Khairulnazrin Mohd Nasir, Muhammad Arif Yahya, Rahim Kamarul Zaman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15584/1/36942-116499-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15584/
http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sejarah telah menunjukkan bahawa Orang Kelainan Upaya (OKU) banyak memberi sumbangan dalam menyebarkan dan mengembangkan ilmu pengajian hadis. Kelainan daripada aspek fizikal tidak menghalang golongan ini untuk memberikan sumbangan dalam pendidikan Islam khususnya dalam bidang hadis. Artikel ini membincangkan tentang sumbangan OKU dalam perkembangan ilmu pengajian hadis. Kajian ini bertujuan untuk menonjolkan dan membuktikan bahawa golongan OKU tidak ketinggalan daripada turut berkhidmat dalam lapangan akademik, sejak zaman awal Islam. Metodologi yang digunakan ialah menggunakan metode analisis dokumen terhadap buku-buku sejarah Islam, khususnya yang berkaitan dengan biodata perawi dan ulama hadis. Hasil kajian mendapati sejumlah tokoh yang banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu hadis terdiri daripada golongan OKU, sama ada keabnormalan pada penglihatan, pendengaran atau kecacatan fizikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perawi atau ulama hadis daripada golongan OKU telah berjasa besar dan memberikan sumbangan signifikan sama ada aspek dari ilmu hadis riwÉyah atau dirÉyah.