Kesan asimetrik kadar pertukaran terhadap imbangan dagangan: Malaysia dan China

Kemeruapan kadar pertukaran yang tinggi mewujudkan ketakpastian dan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Ini dapat dilihat apabila kenaikan atau penyusutan nilai mata wang menjejaskan aliran perdagangan antara negara. Kertas ini mengkaji kewujudan fenomena keluk-J melalui kesan perubahan kadar pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Rias K V Zainuddin, Mohd Azlan Shah Zaidi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15600/1/jeko_54%281%29-15.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15600/
https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemeruapan kadar pertukaran yang tinggi mewujudkan ketakpastian dan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Ini dapat dilihat apabila kenaikan atau penyusutan nilai mata wang menjejaskan aliran perdagangan antara negara. Kertas ini mengkaji kewujudan fenomena keluk-J melalui kesan perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan dua hala antara Malaysia dengan China bagi 17 industri perdagangan utama. Selain itu, kajian juga menilai kesan perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan sama ada berlaku secara simetrik atau bukan simetrik (asimetrik). Kajian menggunakan data bulanan bermula Januari 2013 sehingga April 2018. Hasil kajian membuktikan kewujudan keluk-J bagi 5 daripada 17 industri perdagangan utama. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan model ARDL tidak linear dapat membuktikan kesan asimetrik perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan. Keputusan kajian memberi panduan kepada pembuat dasar mengenai kesan perubahan positif dan negatif kadar pertukaran terhadap eksport dan import industri utama negara ke China. Sekali gus, perkara ini dapat digunakan bagi mengesan dan mengatasi masalah inflasi diimport.