Penggunaan serangga sebagai keterangan dalam perundangan jenayah Islam

Qisas merupakan salah satu daripada jenis kes dalam perundangan jenayah Islam. Secara umumnya, kesalahan qisas terbahagi kepada dua jenis iaitu melakukan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan, dan kajian ini memberikan tumpuan kepada kesalahan membunuh. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hazim Ahmad, Ahmad Syukran Baharuddin, Naji Arafat Mahat, Hasnizam Hashim, Hendun Abd Rahman Shah, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15606/1/35120-124783-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15606/
http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1259/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Qisas merupakan salah satu daripada jenis kes dalam perundangan jenayah Islam. Secara umumnya, kesalahan qisas terbahagi kepada dua jenis iaitu melakukan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan, dan kajian ini memberikan tumpuan kepada kesalahan membunuh. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek pemakaian dan penggunaan serangga sebagai keterangan dalam kes qisas. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku yang ditulis oleh para ilmuan dan ahli akademik serta kepustakaan literatur-literatur yang direkodkan dalam jurnal-jurnal yang berkualiti dan berindeks. Data primer dan sekunder yang dikumpul menggunakan kaedah ini kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan penalaran induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati serangga yang wujud pada sekitar tubuh badan mayat dan tempat kejadian jenayah berpotensi memberikan maklumat penting dan tertentu kepada pegawai penyiasat dan pendakwaan bagi kes pembunuhan. Maklumat yang diperolehi daripada serangga termasuklah penentuan sela masa kematian minimum (mPMI), punca kematian, serta maklumat berkenaan pembunuh, mangsa dan tempat kejadian jenayah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa maklumat-maklumat ini boleh dijadikan sebagai keterangan jenis qarinah bagi mensabitkan kes qisas jenis pembunuhan. Keterangan qarinah ini terdiri daripada keterangan pakar entomologi forensik, hasil analisis sampel serangga, dan keterangan dokumen laporan hasil analisis. Kesimpulannya, serangga boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes qisas jenis pembunuhan. Kajian ini berjaya mewujudkan unsur (elemen) integrasi antara sains dan syariah serta membuktikan bahawa syariah itu bersifat komprehensif dan terpakai dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan.