Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: persaingan, dinamik dan implikasi
Situasi politik dan pilihan raya di Malaysia, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), sangat menarik untuk diperhatikan. Terdapat empat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada separuh penggal kedua 2018, selepas PRU 14. BN dan pembangkang tewas di kese...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15643/1/39012-123846-3-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15643/ http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Situasi politik dan pilihan raya di Malaysia, selepas kejatuhan
Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14),
sangat menarik untuk diperhatikan. Terdapat empat Pilihan Raya
Kecil (PRK) yang diadakan pada separuh penggal kedua 2018,
selepas PRU 14. BN dan pembangkang tewas di kesemua PRK itu
dengan agak mudah kepada kerajaan baharu, Pakatan Harapan
(PH). Namun dalam tahun 2019, fenomena yang berbeza berlaku.
BN telah memenangi semua PRK yang ditandinginya (kecuali PRK
Sandakan) meskipun mendapat tentangan yang hebat dari PH.
Artikel ini, untuk itu, diasaskan untuk menelusuri dan menganalisis
perkembangan politik Malaysia pasca PRU 2018 berfokuskan kepada
dinamik persaingan parti di dalam sembilan PRK yang diadakan dari
pertengahan 2018 ke penghujung 2019. Berdasarkan laporan media
dan kajian kepustakaan, artikel ini membahaskan bagaimana sistem
pilihan raya Malaysia yang bersifat multiparti sejak 2015 (persaingan
antara BN, PH dan PAS) berubah dan kembali kompetitif bermula
awal 2019, selepas mengalami kesuraman dalam separuh penggal
kedua 2018. Artikel ini turut memberi refleksi terhadap implikasi
dan dinamik politik Malaysia kontemporari dan ke arah PRU ke15, dengan pecahan ideologi dan budaya yang semakin ketara di
kalangan masyarakatnya sejak PRU 14. |
---|