Inovasi perubatan melalui terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme

Autisme adalah individu yang tergolong dalam neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecacatan yang berkait dengan sistem saraf dan otak. Keadaan ini juga menyebabkan mereka sering berada dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kanak-kanak yang menghidap simptom ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurhayati Syazwani Zulkafli, Latifah Abdul Majid, Hamdi Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15754/1/77-159-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15754/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Autisme adalah individu yang tergolong dalam neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecacatan yang berkait dengan sistem saraf dan otak. Keadaan ini juga menyebabkan mereka sering berada dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kanak-kanak yang menghidap simptom ini mempunyai masalah dalam tingkah laku, emosi dan pertuturan. Terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi membantu kanak-kanak autisme termasuklah terapi al-Quran. Terapi al-Quran ialah kaedah yang menggunakan bunyi berbentuk ayat-ayat al-Quran dalam merawat dan menangani sesuatu masalah kesihatan. Terapi al-Quran telah terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan perasaan dan strok. Terapi ini juga boleh digunakan dalam merawat kanak-kanak autisme kerana dengan mendengar bacaan ayat al-Quran sahaja dapat memberi kebaikan kepada seseorang walaupun bacaan tersebut tidak difahami. Artikel ini bertujuan mengkaji kesan terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan literatur di mana kajian-kajian terdahulu yang berkaitan autisme dan terapi al-Quran telah diteliti dan dibuat tinjauan. Data-data yang dikumpulkan dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan serta memberi penerangan yang sistematik mengenai sesuatu fakta. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengutarakan pelbagai inovasi dalam perubatan yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam.