Nilai simbolik sebagai penunjuk kelestarian modal sosial petempatan tradisional di Kuala Terengganu, Malaysia

Pemahaman yang mendalam mengenai nilai warisan bagi petempatan tradisional adalah penting untuk membentuk satu gabungan kerjasama dalam menghasilkan sebuah keputusan yang lebih strategik untuk pemeliharaan sesebuah petempatan tradisional. Hal ini kerana, penilaian nilai warisan dapat membantu dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur 'Adilah Hassan, Nor Zalina Harun, Noordeyana Tambi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15846/1/36981-135168-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15846/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pemahaman yang mendalam mengenai nilai warisan bagi petempatan tradisional adalah penting untuk membentuk satu gabungan kerjasama dalam menghasilkan sebuah keputusan yang lebih strategik untuk pemeliharaan sesebuah petempatan tradisional. Hal ini kerana, penilaian nilai warisan dapat membantu dalam mengenal pasti dengan lebih mendalam akan nilai-nilai penting yang menyokong kepada peningkatan perpaduan komuniti. Namun demikian, ancaman-ancaman terhadap persekitaran fizikal di petempatan tradisional yang tidak terbendung dilihat bakal menghakis nilai-nilai warisan sekali gus mengancam kelestarian modal sosial yang telah terbentuk sejak sekian lama. Justeru, dengan menggunakan pendekatan gabungan penyelidikan ini menghurai nilai-nilai warisan penting bagi komuniti tempatan yang terlibat secara langsung serta tidak langsung di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Hasil dapatan menunjukkan komponen nilaian simbolik memperolehi nilai purata kumulatif yang tertinggi manakala nilaian ekonomi merekodkan nilai purata kumulatif paling rendah berbanding tiga nilai lain yang tersenarai. Nilai simbolik dalam kajian ini menyorot tentang kepentingan cara hidup dan budaya yang terbentuk setiap hari serta mengikut musim telah membentuk sebuah komuniti yang memiliki identiti dan jati diri yang tinggi. Penyelidikan ini turut menyimpulkan bahawa nilai warisan dapat berfungsi sebagai kerangka dalam pelan pemeliharaan petempatan tradisional sekali gus memberi kefahaman terhadap kepentingan warisan ketara dalam memastikan perancangan fizikal yang lebih terancang di masa hadapan.