Reaksi masyarakat Islam di Malaysia terhadap ekstremisme
Ekstremisme bukan watak yang baru dalam sistem sosial umat Islam. Kefahaman ini sudah berakar umbi dan sering datang melalui perlambangan yang mengelirukan sehingga sukar untuk masyarakat awam menentukan prinsipnya yang sebenar. Penebaran sebahagian daripadanya meluas, terancang dan tersusun. Per...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/15862/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Ekstremisme bukan watak yang baru dalam sistem sosial umat Islam. Kefahaman ini sudah berakar umbi
dan sering datang melalui perlambangan yang mengelirukan sehingga sukar untuk masyarakat awam
menentukan prinsipnya yang sebenar. Penebaran sebahagian daripadanya meluas, terancang dan tersusun.
Perubahan pesat teknologi dan kepelbagaian media penyebaran juga menjadi faktor kenapa fahaman ini
terus menyelusup masuk ke seluruh dunia dan mempengaruhi semua peringkat sosial termasuk profesional.
Usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi membendung fahaman ini daripada mengganggu kerukunan
beragama manusia. Untuk itu, artikel ini akan mengupas hasil dapatan kajian mengenai tahap pengetahuan
dan kefahaman ekstremisme dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan sejauh mana reaksi mereka
terhadap aktiviti ini. Kajian tinjauan (cross sectional survey design) telah digunakan sebagai kaedah kajian.
Data-data diperoleh melalui satu set soal selidik daripada 1459 sampel penjawat awam beragama Islam yang
dipilih secara rawak mudah dari seluruh Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik
deskriptif melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan
tahap pengetahuan konsep ekstremisme masyarakat Islam adalah tinggi iaitu min=4.06, sp=0.51, tahap
kefahaman masyarakat Islam mengenai ekstremisme juga adalah tinggi iaitu, min=4.30, sp=0.45 dan reaksi
pencegahan mereka terhadap aktiviti ekstremisme juga adalah tinggi iaitu, min=4.19, sp=0.42. Jelasnya,
keseluruhan dapatan kajian menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia telah matang dalam hal ekstremisme
dan telah mengambil pendekatan sewajarnya dalam menghadapi isu-isu berkaitan ekstremisme ini. Dapatan
ini juga menunjukkan gerakan aliran ini masih lagi terkawal namun perlu sentiasa dipantau bagi mengekalkan
keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. |
---|