Cabaran pelaksanaan dakwah terhadap masyarakat Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap muslim untuk dilaksanakan berdasarkan kepada kemampuan masingmasing sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan.Ketika melaksanakan usaha dakwah, sudah pasti ianya akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai bergantung kepada sasaran dakwah yang dituj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asmadi Abdul Rahman, Ramlan Mustapha
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15872/1/40729-130076-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15872/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap muslim untuk dilaksanakan berdasarkan kepada kemampuan masingmasing sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan.Ketika melaksanakan usaha dakwah, sudah pasti ianya akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai bergantung kepada sasaran dakwah yang dituju. Antara sasaran dakwah yang besar di Pahang adalah Orang Asli. Manakala institusi yang terlibat dalam usaha dakwah golongan ini adalah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk cabaran yang ditempuhi oleh pegawai dan pendakwah masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh MUIP di sekitar perkampungan Orang Asli Pahang. Reka bentuk kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui instrument kajian dokumen, pemerhatian dan juga temubual pegawai dakwah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Pahang. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 12 tema cabaran perlu dihadapi bagi melaksanakan dan menjayakan usaha dakwah di Pahang iaitu cabaran berkaitan lokasi masyarakat orang asli, tidak menguasai bahasa orang asli, ancaman dari orang asli, kekurangan pendakwah, sifat dan sikap yang tidak baik oleh penduduk setempat, saingan misionari kristian, sumber kewangan, masalah dalaman pendakwah, sikap orang asli, sikap bangsa melayu, tidak mengotakan janji, tiada penyelaran antara NGO. Implikasi dari cabaran ini memerlukan semua agensi tampil untuk membantu bagi merealisasikan usaha dakwah berterusan yang menjadi tanggungjawab setiap muslim bergantung kepada kemampuan dan kepakaran masing-masing.