Analisis psikometrik literasi media baharu dan pemantapan integriti penyertaan politik golongan muda
Literasi media baharu merupakan literasi teras yang membimbing pengguna media supaya menggunakan media secara berintegriti. Selain itu literasi media baharu juga merupakan keupayaan untuk memahami secara kritikal dan menghasilkan kandungan dalam media. Bagi memacu transformasi nasional seiring ni...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16046/1/37872-129744-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16046/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Literasi media baharu merupakan literasi teras yang membimbing pengguna media supaya
menggunakan media secara berintegriti. Selain itu literasi media baharu juga merupakan keupayaan
untuk memahami secara kritikal dan menghasilkan kandungan dalam media. Bagi memacu
transformasi nasional seiring nilai agama dan budaya, penerapan nilai integriti golongan muda
secara langsung melahirkan pemimpin beretika dan mengurangkan kecenderungan tindakan tidak
bermoral dalam sistem politik negara. Bagi menguji nilai integriti, model literasi media baharu diuji
ke atas 388 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi
MARA (UiTM) cawangan Melaka, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia,
(MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Instrumen skala literasi media baharu
dibentuk daripada model kecekapan utama digital dan literasi media untuk menguji nilai integriti
golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Literasi
Media Baharu. Dapatan menunjukkan model Skala Literasi Media Baharu telah mencapai ketepatan
padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan pemboleh ubah yang
signifikan. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciriciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan
skala literasi media dan pemahaman terhadap literasi media baharu kepada masyarakat, pihak
kerajaan dan pengamal media dalam memberikan tafsiran dan kefahaman sesuatu mesej. |
---|