Pembinaan kepercayaan dan persepsi risiko dalam pembuatan keputusan: kajian kes komuniti ‘Couchsurfing’
Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam satu konsep dalam talian yang penting iaitu kepercayaan interpersonal laman jaringan sosial. Untuk kajian ini, konsep kepercayaan interpersonal diuji ke atas sebuah laman jaringan sosial iaitu Couchsurfing yang menawarkan perkhidmatan hos...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16052/1/26593-130688-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16052/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam satu konsep dalam talian yang penting
iaitu kepercayaan interpersonal laman jaringan sosial. Untuk kajian ini, konsep kepercayaan
interpersonal diuji ke atas sebuah laman jaringan sosial iaitu Couchsurfing yang menawarkan
perkhidmatan hospitaliti secara percuma oleh pengguna laman sosial kepada pengguna yang lain.
Couchsurfing menyediakan saluran dalam talian untuk pengembara bertukar minat, berkongsi
pengalaman, menjalin hubungan sosial serta menawar khidmat penginapan kepada ahli komuniti
Couchsurfing. Untuk laman jaringan sosial dalam talian seperti ini, konsep self-presentation adalah
penting. Ahli komuniti Couchsurfing dapat mengenali rakan pengembara dan hos pengembaraan yang
lain melalui konsep ini. Namun demikian, situasi sebegini adalah kompleks kerana identiti sebenar
pengembara dipaparkan hanya melalui self-representation dalam talian sahaja. Kebarangkalian
berhadapan dengan risiko penipuan dan penyamaran adalah tinggi. Oleh yang demikian, kajian ini
menyelidik isu kepercayaan yang mempunyai hubungan rapat dengan risiko penipuan (dalam konteks
komuniti virtual). Kajian ini memberi fokus terperinci tentang bagaimana maklumat self presentation
di Couchsurfing membina kepercayaan, mengurangkan persepsi risiko dan bentuk strategi yang boleh
digunakan bagi menangani dan menambahbaik laman virtual komuniti seperti ini. Dengan
menggunakan kaedah kajian kualitatif temuramah mendalam secara dalam talian ke atas sepuluh
orang responden (N=10), pemilihan sampel adalah secara rawak dan perlu merupakan ahli komuniti
Couchsurfing yang aktif. Hasil kajian menggariskan mekanisme pengukuran keselamatan iaitu
references. Pembolehubah ini merupakan elemen kepercayaan yang paling utama dalam membentuk
pembinaan kepercayaan di laman jaringan sosial. |
---|