Penerimaan dan penggunaan Portal e-Warga dalam kalangan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia

Revolusi industri 4.0 telah merancakkan pembangunan pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif dan mesra pengguna. Ini merupakan satu cabaran kepada pihak pengurusan dalam usaha mengadaptasi aplikasi dalam talian, urus tadbir sesebuah universiti terutama untuk mengurus pelbagai data ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Adnan Pitchan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16053/1/40791-130507-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16053/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1280
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Revolusi industri 4.0 telah merancakkan pembangunan pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif dan mesra pengguna. Ini merupakan satu cabaran kepada pihak pengurusan dalam usaha mengadaptasi aplikasi dalam talian, urus tadbir sesebuah universiti terutama untuk mengurus pelbagai data serta maklumat yang melibatkan kepelbagaian pihak berkepentingan. Sesuatu sistem terbina disebabkan pelbagai faktor seperti mudah untuk digunakan, kebergunaan sistem tersebut, kepercayaan terhadap keselamatan sistem, kualiti maklumat, kualiti sistem dan juga kualiti perkhidmatan yang disediakan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah lama membangunkan satu aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Portal e-Warga untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan capaian dalam kalangan kakitangan universiti. Pandangan dan maklum balas daripada pengguna sistem amat penting untuk melihat dan membuat penambahbaikan ke atas sistem aplikasi dalam talian seperti Portal e-Warga ini. Kajian analisis deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan kakitangan UKM terhadap penggunaan Portal e-Warga. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 600 responden yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kakitangan Pelaksana, Pengurusan & Profesional serta Akademik. Hasil kajian mendapati kualiti sistem membantu urusan kerja warga UKM dan kualiti perkhidmatan portal eWarga penting untuk membantu kakitangan bekerja secara berkesan dalam organisasi.