Tinjauan awal bidang Komunikasi Sukan
Komunikasi Sukan adalah satu bidang kajian mengenai proses komunikasi di dalam bidang kesukanan. Dalam era media yang demokratik hari ini dengan kebangkitan media sosial, komunikasi sukan menjadi bidang penting untuk dikuasai bagi membantu memahami selok-belok dimensi media dan komunikasi dalam d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16086/1/42199-138417-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16086/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1322 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Komunikasi Sukan adalah satu bidang kajian mengenai proses komunikasi di dalam bidang kesukanan.
Dalam era media yang demokratik hari ini dengan kebangkitan media sosial, komunikasi sukan menjadi
bidang penting untuk dikuasai bagi membantu memahami selok-belok dimensi media dan komunikasi
dalam dunia sukan. Masalah utama di Malaysia hari ini adalah, bidang ilmu komunikasi sukan masih
asing dan tidak ada pengajian sistematik komunikasi sukan ditawarkan di negara ini. Oleh yang
demikian, sebagai permulaan, objektif kajian ini adalah (1) memahami sejarah latar belakang bidang
komunikasi sukan (2) meninjau penerbitan terkini dalam kajian komunikasi sukan dan (3) memahami
model atau teori ilmu komunikasi sukan. kaedah kajian adalahkualitatif di mana pendekatan deskriptif
dan separa-sistematik digunakan untuk mencari maklumat mengenai bidang komuniikasi sukan
bedasarkan tiga objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini mendapati, pertama sekali, bidang
komunikasi sukan telah pun berkembang sejak 10 tahun lalu di Amerika Syarikat. kedua, jurnal-jurnal
komunikasi sukan terkini meliputi topik seperti komunikasi sukan dan impak teknologi kecerdasan
buatan terhadap kandungan media dan yang ketiga, tiga model komunikasi sukan dapat dikenalpasti
dan dibincangkan. Secara kesimpulannya, bidang komunikasi sukan adalah bidang pengajian dan
penyelidikan yang pesat berkembang. Kajian tinjauan awal ini amat terbatas dan sebenarnya lebih
banyak kajian perlu dilakukan bagi mendalami dan mengembangkan ilmu bidang komunikasi sukan di
Malaysia di masa hadapan dan seterusnya membina kesedaran mengenai kepentingan bidang
komunikasi sukan dalam konteks Malaysia. |
---|