Drama adaptasi Korea: suatu analisis terhadap pemaparan agama dan adat dalam drama ‘Alamatnya Cinta’

Pada masa kini, antara jenis penghasilan drama tempatan ialah drama adaptasi yang diambil dari negara luar. Namun, progam dari luar ini dilihat mampu memberikan pengaruh yang kurang baik khususnya terhadap khalayak tempatan dan berpotensi dalam menggantikan nilai-nilai budaya yang ada. Justeru it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazra Aliff Nazri, Abdul Latiff Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16117/1/33314-144022-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16117/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pada masa kini, antara jenis penghasilan drama tempatan ialah drama adaptasi yang diambil dari negara luar. Namun, progam dari luar ini dilihat mampu memberikan pengaruh yang kurang baik khususnya terhadap khalayak tempatan dan berpotensi dalam menggantikan nilai-nilai budaya yang ada. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pemaparan agama dan adat tempatan diketengahkan dalam drama adaptasi dari negara Korea Selatan. Dari situ, akan diketahui tembusan dan silang budaya yang berlaku antara masyarakat Melayu dan Korea Selatan melalui penghasilan drama adaptasi ini dalam konteks tempatan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis tekstual ke atas drama ‘Alamatnya Cinta’ yang diadaptasi daripada siri popular Korea Selatan ‘Full House’ pada tahun 2018. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mendalami mesej yang cuba disampaikan oleh pembuat teks melalui penggunaan elemen agama dan adat di dalam drama adaptasi ini. Hasil kajian mendapati walaupun drama ini merupakan sebuah drama adaptasi dari Korea Selatan namun elemen kebudayaan Melayu dan Islam itu masih banyak dipamer dan dipertontonkan kepada masyarakat. Ini sekaligus menunjukkan bahawa pembuat teks bagi drama adaptasi tempatan masih peka dan tidak memandang ringan kepada penggunaan elemen agama dan adat dalam menghasilkan sebuah naskah terutama karya adaptasi.