Papan iklan luar dan pemilihan sosial: kajian kes papan iklan di Lebuhraya Elite Expressway E608
Penyelidikan ini mengkaji fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi pemilihan sosial pengguna yang menggunakan Lebuhraya Elite Expresway E608. Fokus kajian adalah terhadap elemen rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material papan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16118/1/39578-144026-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16118/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1360 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyelidikan ini mengkaji fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi pemilihan sosial
pengguna yang menggunakan Lebuhraya Elite Expresway E608. Fokus kajian adalah terhadap elemen
rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material
papan iklan luar di kawasan kajian serta tafsiran paparan mesej dan bahasa berdasarkan rekaan pada
papan iklan luar. Kerangka konsep bagi kajian ini memperjelaskan bagaimana pemilihan sosial itu
mampu menjadikan sesuatu produk itu boleh diterima masyarakat dan ianya berasaskan Kod dan
Prinsip Am Amalan Pengiklanan Malaysia. Metadologi kajian yang akan digunakan adalah kaedah
gabungan concurrent nested (Creswell, Plano Clark, Gutmann & Hanson, 2003) di mana sampel
bergambar akan digunakan sebagai metod utama manakala hasil dari kaedah temuramah wakil dari
pihak PLUS dan orang ramai adalah sebagai sokongan. Analisis bergambar terhadap rekaan reka letak
papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 masih mengikut tatacara dan kod pengiklanan
Malaysia. Peranan pihak PLUS sepenuhnya dalam peletakkan papan iklan luar di lebuhraya Elite
Expressway E608 mengikut kesesuaian keboleh pasaran produk tersebut di laluan berkenaan. Hasil
temuramah kumpulan berfokus menunjukkan informan bersetuju bahawa papan iklan luar adalah
medium pengiklanan yang berkesan di lebuhraya sekaligus dapat mempengaruhi pemilihan sosial
pengguna. Berdasarkan kajian pada analisis visual dan hasil temuramah menunjukkan bahawa papan
iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan sosial
masyarakat di lebuhraya. |
---|