Pencemaran alam sekitar dan pendekatan mahkamah hijau
Pencemaran alam sekitar bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Secara keseluruhannya, pencemaran berlaku sejajar dengan pembangunan yang tidak terkawal di samping pertambahan bilangan penduduk yang kian meningkat. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, isu pencemaran terus berlaku malah sema...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16148/1/43470-145245-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16148/ https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pencemaran alam sekitar bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Secara keseluruhannya, pencemaran
berlaku sejajar dengan pembangunan yang tidak terkawal di samping pertambahan bilangan penduduk yang kian
meningkat. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, isu pencemaran terus berlaku malah semakin meruncing dengan
sebab dan punca yang pelbagai, sama ada akibat daripada aktiviti manusia ataupun perubahan alam. Pelepasan
efluen perindustrian ke dalam perairan daratan khususnya sungai, dikenal pasti sebagai satu daripada punca utama
kepada pencemaran air. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menetapkan hukuman tertentu bagi menangani
permasalahan ini namun kes pencemaran perairan daratan masih terus berlaku. Artikel ini bertujuan untuk
menjelaskan penubuhan dan fungsi Mahkamah Hijau di samping mengkaji pendekatan serta prosedur Mahkamah
dalam menjatuhkan hukuman bagi kes-kes pencemaran perairan daratan. Kaedah kualitatif melalui kajian
perpustakaan dilakukan dengan disokong oleh temu bual bersama tiga orang hakim Mahkamah Hijau. Data
daripada sumber sekunder dan juga temu bual dianalisa menggunakan analisis kandungan dan analitikal. Antara
lain, dapatan menunjukkan bahawa kewujudan Mahkamah Hijau hanya di beberapa tempat sahaja, hukuman yang
dijatuhkan oleh hakim adalah tertakluk kepada pembuktian semasa pengendalian kes, dan hukuman yang
dikenakan ke atas pesalah syarikat adalah sama dengan pesalah individu. Dicadangkan agar kesedaran dan latihan
berkaitan kepentingan alam sekitar diperluaskan kepada semua hakim-hakim, latihan pengendalian kes alam sekitar
kepada pegawai pendakwa dan peruntukan yang lebih jelas serta berat dikenakan kepada pesalah syarikat.
Berasaskan kepada cadangan dikemukakan diharapkan dapat mengurangkan kegiatan dan kes-kes pencemaran
alam sekitar, khususnya perairan daratan. |
---|