Pengemukakan dokumen elektronik sebagai keterangan dalam perbicaraan mahkamah syariah
Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Sekiranya didapati relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta terjaga rantaian keterangan dan jagaannya, sudah pasti ianya akan diterima oleh mahkamah syariah sebagai keterangan s...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16149/1/41700-145247-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16149/ https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam perbicaraan di mahkamah syariah. Sekiranya
didapati relevan, mempunyai nilai probatif dan koroboratif yang tinggi, serta terjaga rantaian keterangan dan
jagaannya, sudah pasti ianya akan diterima oleh mahkamah syariah sebagai keterangan sekaligus membolehkannya
diguna pakai sebagai asas penghakiman mahkamah. Keterangan dokumen elektronik berfungsi untuk membuktikan
fakta isu dan fakta relevan serta digunakan untuk menyokong keterangan-keterangan lain yang dikemukakan dalam
sesuatu perbicaraan. Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Objektif pertama mensasarkan untuk menganalisis
prinsip syariah serta pengaplikasian peruntukan undang-undang berkaitan pengemukaan keterangan dokumen
elektronik di mahkamah syariah. Objektif kedua mensasarkan untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud.
Objektif ketiga mensasarkan untuk mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang telah dikenal pasti..
Penulisan yang dilaksanakan adalah bercirikan doktrinal serta dianalisis secara kualitatif. Temu bual ke atas
pengamal undang-undang syariah turut dilakukan untuk menyokong dapatan penulisan. Penulis mendapati
keterangan dokumen elektronik boleh dikemukakan serta dijadikan sebagai asas penghakiman kes sekiranya
mahkamah syariah menerimanya sebagai keterangan. Walau bagaimanapun, pendefinisian keterangan dokumen
elektronik yang kabur di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah telah mengakibatkan pengaplikasian
undang-undangnya serta proses pengemukaannya di mahkamah syariah menjadi turut tidak jelas. Penulisan ini
seterusnya mencadangkan agar definisi keterangan dokumen elektronik di bawah prinsip syariah diperjelaskan
lagi agar kebolehterimaan, pengemukaan serta pengaplikasian undang-undangnya menjadi jelas. |
---|