Salahnyataan dalam urusan sewa beli tiga segi: hak dan remedi pengguna
Pelbagai pernyataan akan dibuat oleh peniaga atau pembekal semasa proses perundingan yang membawa kepada kemasukan kontrak sewa beli antara pemunya dan penyewa. Sekiranya pernyataan yang dibuat adalah sesuatu yang salah atau tidak benar, ini boleh memberikan hak remedi kepada pihak yang disampaika...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16150/1/44664-145250-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16150/ https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1365 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pelbagai pernyataan akan dibuat oleh peniaga atau pembekal semasa proses perundingan yang membawa kepada
kemasukan kontrak sewa beli antara pemunya dan penyewa. Sekiranya pernyataan yang dibuat adalah sesuatu
yang salah atau tidak benar, ini boleh memberikan hak remedi kepada pihak yang disampaikan salahnyataan
tersebut. Kebiasaannya peniaga akan bertindak sebagai orang tengah yang menjalankan perundingan dengan bakal
penyewa bagi pihak pemunya. Mahkamah sering berhadapan dengan masalah dalam menentukan remedi terhadap
bakal penyewa apabila berlakunya salahnyataan dalam urusan sewabeli disebabkan sifat transaksi sewabeli
yang dikenali sebagai sewabeli tigasegi (triangular transactions). Ini berlaku apabila urusan yang dibuat ke arah
memasuki perjanjian melibatkan tiga pihak iaitu peniaga, penyewa dan pemunya iaitu pihak yang menawarkan
pinjaman. Objektif penulisan ini adalah bagi membincangkan sejauh mana undang-undang sedia ada menyediakan
perlindungan kepada pengguna apabila pihak peniaga atau pemunya melakukan salahnyataan yang membawa
kepada kemasukan kontrak. Apakah hak-hak serta remedi penyewa seandainya terpengaruh dengan pernyataan
salah oleh peniaga atau pemunya berkaitan dengan sesuatu fakta sehingga dia bersetuju untuk mendapatkan
barang tersebut secara sewa beli. Metodologi yang digunakan ialah melalui pendekatan analitis dan kritis
terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya Akta Sewa Beli 1967bagi membincangkan isu-isu
perlindungan pengguna dan kelemahan serta kelompangan dalam undang-undang sedia ada. Kajian mendapati
terdapat kelompangan peruntukan Akta Sewa Beli 1967 dalam memberikan hak dan remedi kepada pengguna
apabila berlaku salahnyataan, yang memerlukan rujukan kepada perundanganlain. |
---|