Idea pemikiran pluralisme agama dalam penulisan buku Indie ‘Aku..., Maka Aku Ada’ dan ‘Antithesis’
Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan toleransi. Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat penerbitan mandiri. Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku In...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16210/1/44609-143599-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16210/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penulisan buku Indie berteraskan kepada idea kebebasan yang meliputi konsep keterbukaan, kesamarataan dan
toleransi. Dengan sifat kebebasan ini, genre penulisan ini terdedah dengan pemikiran pluralisme agama melalui sifat
penerbitan mandiri. Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu;
semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai, semua manusia tanpa mengira
kedudukan agama berhak menerima balasan syurga asalkan mereka melakukan kebaikan, dan tiada kebenaran mutlak
pada mana-mana agama. Sebanyak dua karya yang dipilih sebagai sampel kajian untuk menganalisis sejauh manakah
pemikiran pluralisme agama digarap dalam penulisan buku indie karya Faisal Tehrani “Aku…, Maka Aku Ada” dan
karya Benz Ali “Antithesis”. Hasil kajian mendapati kedua-dua buah buku ini mengandungi ketiga-tiga parameter
yang telah ditetapkan. Buku yang pertama mengandungi tujuh perkara yang secara jelas selari dengan pluralisme
agama manakala buku yang kedua pula mempunyai lima perkara. Dua karya ini mempunyai trend tersendiri dalam
mengkritik dan mengangkat isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh aspek akidah dan agama, tetapi olahan yang
digunakan mengandungi elemen pluralisme agama. |
---|