Analisis naratif kerajaan Banu Marin (1215-1465M) di al-Maghrib menurut cerminan sumber primer dan sekunder terpilih
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejarah kemunculan dan perkembangan Kerajaan Banu Marin berdasarkan beberapa sumber primer dan sekunder. Selain itu, ia turut melihat skop dan ruang perbincangan sumber-sumber tersebut dalam menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin. Analisis naratif dalam k...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16235/1/44871-144377-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16235/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1265 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejarah kemunculan dan perkembangan Kerajaan Banu
Marin berdasarkan beberapa sumber primer dan sekunder. Selain itu, ia turut melihat skop dan
ruang perbincangan sumber-sumber tersebut dalam menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin.
Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran
penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan dan ulasan literatur. Hasil kajian mendapati
perbincangan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam sumber-sumber primer berbahasa Arab lebihtertumpu pada perkembangan politik. Manakala, sumber-sumber sekunder, berbahasa Arab dan
Inggeris, menghuraikan sejarah Kerajaan Banu Marin dalam skop lebih luas mencakupi aspek
politik, ekonomi dan sosial. Kajian seperti ini adalah amat relevan dan signifikan kerana penulisan
berbentuk kajian bibliografi beranotasi dapat merungkai dan mencerakinkan data-data sejarah
Kerajaan Banu Marin daripada sumber-sumber berkenaan. Kajian sebegini turut membentuk satu
ulasan atau kajian literatur secara holistik. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memilih
beberapa sumber muktabar sebagai subjek kajian, sama ada kajian dari aspek tekstual,
kontekstual, intertekstual, intratekstual mahupun transtekstual. Kajian seumpama ini dapat
dilakukan untuk menganalisis perkembangan Kerajaan Banu Marin secara tuntas, di samping
melakukan kajian perbandingan antara beberapa sumber. Dengan demikian, kejituan dan
kekuatan pendapat sarjana, Islam dan Barat, ketika mengutarakan sejarah Kerajaan Banu Marin
dapat dinilai dan dikaji secara analitikal. |
---|