Kesan sharenting kepada kanak-kanak dan implikasinya terhadap hak privasi kanak-kanak di Malaysia

Artikel ini meneliti konsep sharenting dan menekankan peranannya dalam pencerobohan hak privasi kanak-kanak. Sharenting merupakan suatu budaya dikalangan ibu bapa yang melibatkan perkongsian maklumat peribadi anakanak mereka dalam talian secara. Kanak-kanak sememangnya mempunyai hak dan kepentingan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amira Nur Diana Amir Hamzah, Safinaz Mohd Hussein
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16245/1/Kesan%20Sharenting%20Kepada%20Kanak-Kanak%20Dan%20Implikasinya%20Terhadap%20Hak%20Privasi%20Kanak-Kanak%20di%20Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16245/
http://www.ukm.my/cli/makalah-2020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini meneliti konsep sharenting dan menekankan peranannya dalam pencerobohan hak privasi kanak-kanak. Sharenting merupakan suatu budaya dikalangan ibu bapa yang melibatkan perkongsian maklumat peribadi anakanak mereka dalam talian secara. Kanak-kanak sememangnya mempunyai hak dan kepentingan ke atas privasi mereka termasuklah daripada budaya sharenting. Hal ini menimbulkan konflik antara hak golongan ibu bapa untuk bersuara di media sosial yang bercanggah dengan hak keselamatan dan privasi anak-anak mereka. Objektif artikel ini adalah untuk melihat faktor budaya sharenting seterusnya mengetengahkan konfllik di antara privasi anak dan kebebasan bersuara ibubapa dan melihat samada undang-undang sedia ada di Malaysia boleh melindungi hak privasi kanak-kanak tersebut. Walaupun ibu bapa merupakan penjaga utama seorang kanak-kanak, budaya sharenting dianggap sebagai satu pelanggaran privasi seorang kanak-kanak. Ini menimbulkan satu permasalahan keranaa ibubapa juga mempunyai hak untuk bersuara melalui perkongsian media sosial berkenaan perkara yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan anak mereka. Malaysia tidak secara langsung mengiktiraf hak privasi sebagai satu kausa tindakan, oleh yang demikian, adakah undang-undang sedia ada di Malaysia mengiktiraf hak privasi seorang kanak-kanak terhadap pengkongsian maklumat oleh ibubapa mereka? Metodologi yang digunakan adalah kualitatif undang-undang tulen dimana maklumat yang diperolehi dari peruntukan undangundang dan kes-kes dianalisis untuk mencari kelompongan dan seterusnya cadangan penambahbaikan diberikan. Analisis dibuat ke atas undang-undang yang berkaitan seperti Perlembagaan Persekutuan, Akta Kanak-kanak (AKK) 2001, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK), Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Kanun Kesiksaan untuk melihat sama ada peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam akta-akta ini melindungi kanak-kanak terhadap tindakan sharenting di Malaysia. Kajian mendapati bahawa Malaysia masih tidak mempunyai peruntukan perlindungan privasi buat kanak-kanak yang mencukupi dan mencadangkan pendedahan kepada ibubapa berkenaan dengan bahaya sharenting terhadap anak mereka serta perlindungan privasi dalam undang-undang yang melindungi kanak-kanak di Malaysia.