Elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran dan al-hadith: satu tinjauan awal
Kehidupan tanpa elemen keindahan akan membuatkan hidup manusia menjadi hambar, bosan dan suram. Oleh yang demikian, Allah menciptakan tumbuhan mempunyai pelbagai keistimewaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia. Antara manfaat yang disebut di dalam al-Quran ialah elemen keindahan dalam tumb...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16253/1/119-242-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16253/ http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/12 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kehidupan tanpa elemen keindahan akan membuatkan hidup manusia menjadi hambar, bosan dan suram. Oleh
yang demikian, Allah menciptakan tumbuhan mempunyai pelbagai keistimewaan dan banyak memberi
manfaat kepada manusia. Antara manfaat yang disebut di dalam al-Quran ialah elemen keindahan dalam
tumbuhan. Keindahan alam flora memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan kehidupan manusia.
Pengkaji menggunakan metode analisis deduktif bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat
tersebut. Hasil analisis, didapati ada lapan ayat dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keindahan
dalam tumbuhan dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir. Ia diwakili dengan istilah bahjah, zawjin bahij,
zukhrufaha, mukhtalifan alwanuha, al-rayhan dan kafura. Setelah dirumuskan, terdapat tiga tema pada elemen
keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran berpandukan kepada huraian para ahli tafsir. Pertama, tanaman
yang indah permai. Kedua, tanaman yang pelbagai jenis warnanya. Ketiga, tumbuhan yang mengeluarkan
aroma yang harum. Justeru itu, hasil kajian ini menunjukkan elemen keindahan dalam tumbuhan sangat penting
bagi membantu menceriakan minda, menenangkan perasaan serta menjadi suatu rawatan semulajadi untuk
manusia. |
---|