Keadaan ekonomi komuniti Orang Asli Semoq Beri di Kampung Sungai Berua, Terengganu
Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak enam dekad yang lalu dan sedang menuju ke arah negara maju. Sepanjang tempoh ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk masyarakat orang asli bagi meningkatkan taraf hidup mereka terutama dalam aspek ekonomi. Namun, ma...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16299/1/40941-130865-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16299/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak enam dekad yang lalu dan sedang menuju ke arah
negara maju. Sepanjang tempoh ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan untuk masyarakat orang asli bagi meningkatkan taraf hidup mereka terutama dalam aspek
ekonomi. Namun, masih terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang belum mencapai keadaan
ekonomi yang baik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keadaan ekonomi komuniti orang
asli Semoq Beri melalui indikator pekerjaan dan pendapatan, perbelanjaan asas, dan pemilikan
aset. Kajian ini menggunakan kaedah borang kaji selidik dengan melibatkan 30 responden ketua
isi rumah (KIR) yang dipilih secara rawak. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk
mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti dalam
kalangan responden masih menjalankan aktiviti memungut hasil hutan sebagai pekerjaan utama.
Pendapatan bulanan yang dijana melalui pekerjaan tersebut tidak memberi pulangan yang tinggi
untuk kelangsungan hidup yang mana menunjukkan bahawa mereka masih hidup di bawah
pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu kurang RM880 sebulan. Perbelanjaan asas mereka juga
agak tinggi berbanding dengan keupayaan pendapatan bulanan. Mereka juga tidak mempunyai
aset yang lengkap seperti barangan keperluan rumah dan kenderaan yang mana tidak dapat
menjamin keselesaan hidup. Kajian ini dirujuk penting kepada pihak berwajib untuk lebih peka
dengan kehidupan komuniti orang asli Semoq Beri sekali gus dapat membantu untuk
meningkatkan keadaan ekonomi mereka secara holistik pada masa hadapan. |
---|