Perburuhan dan masyarakat Bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu
Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16308/1/41253-131848-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16308/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek
ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang
digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama,
iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek
budaya dan adat resam serta hal-hal lain. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan
perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah, yang mana pada fasa
seterusnya kajian lanjut dilakukan dengan menemubual individu yang pernah terlibat dalam
sektor perladangan di negeri Sabah. Kajian empirikal dilakukan dengan menggunakan kaedah
kualitatif yang memfokuskan kepada proses temubual secara mendalam. Analisis terhadap
kajian lepas, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen digunakan bagi menghasilkan data
sokongan berkenaan perkembangan buruh Bugis. Hasil dapatan penyelidik terdahulu,
berdasarkan kedatangan buruh Bugis yang disebabkan oleh pembukaan ladang kelapa pada
akhir abad ke 19, serta perkembangan pesat industri lanud dan kelapa sawit pada dekad 50an
sehingga 80an. Selain itu, kajian-kajian terdahulu juga menerangkan tentang orang Bugis
yang merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan sosial. Jelasnya, penglibatan mereka dilihat
sebagai keperluan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri berasaskan industri
komoditi. |
---|