Adat turun tanah di Pasir Mas Kelantan
Adat turun tanah dikenali juga adat mencecah tanah atau memijak tanah atau jejak tanah. Adat ini merupakan satu bentuk ritual yang telah pun diamalkan semenjak zaman nenek moyang dahulu dan masih lagi dipratikkan oleh orang kampung khususnya di beberapa daerah terpencil pedalaman Pasir Mas Kel...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16337/1/44410-142685-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16337/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Adat turun tanah dikenali juga adat mencecah tanah atau memijak tanah atau jejak tanah. Adat
ini merupakan satu bentuk ritual yang telah pun diamalkan semenjak zaman nenek moyang
dahulu dan masih lagi dipratikkan oleh orang kampung khususnya di beberapa daerah terpencil
pedalaman Pasir Mas Kelantan. Adat turun tanah merupakan satu bentuk upacara yang diadakan
untuk meraikan kanak-kanak yang berusia empat puluh hari atau empat puluh empat hari untuk
buat pertama kalinya mencecah kaki ke tanah. Pada masa sekarang adat ini jarang diamalkan
kerana kurangnya pengamal yang berilmu untuk melakukan upacara ini. Namun begitu, di
sesetengah tempat, amalan ini masih dijalankan dan sambutannya agak meriah. Mengapakah hal
sedemikan berlaku dan bagaimana upacara adat turun tanah dilakukan? Tujuan penulisan ini
untuk menjelaskan adat turun tanah dan proses upacara turun tanah. Penulisan ini menggunakan
kaedah kerja lapangan yang melibatkan proses temu bual dan kajian perpustakaan bagi
melengkapkan data. Dapatan penulisan ini menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam
upacara mencecah tanah terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama ialah kanak-kanak
berusia empat puluh hari atau empat puluh empat hari. Kanak-kanak ini akan melalui upacara
bercukur secara serentak dengan upacara mencecah tanah. Kategori kedua ialah kanak-kanak
yang melebihi tempoh lepas hari (44 hari) tetapi masih tidak pandai berjalan. Kanak-kanak
sedemikian dikatakan akan menjalani upacara turun tanah dengan bantuan bomoh atau bidan
kampung dengan bacaan doa dalam upacara turun tanah. Adat ini merupakan simbolik daripada
alam bayi kepada alam kanak-kanak agar cepat berjalan dan mengenali alam. Adat sedemikian
jarang dilakukan namun masih terdapat beberapa kawasan di daerah Pasir Mas masih
menjadikannya sebagai amalan. |
---|