Faktor-faktor penggunaan konsep ‘pm tepi’ dalam kalangan peniaga media sosial
Perniagaan dalam talian telah melonjak naik dalam kalangan pembeli pada masa kini dan hal ini mewujudkan penggunaan konsep ‘pm tepi’ yang mana menjadi kelaziman ketika mengiklankan barang di dalam laman Facebook dan Instagram. Peningkatan permintaan pelanggan terhadap pembelian secara dalam ta...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16382/1/262-Article%20Text-370-1-10-20200426.pdf http://journalarticle.ukm.my/16382/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perniagaan dalam talian telah melonjak naik dalam kalangan pembeli pada masa kini dan
hal ini mewujudkan penggunaan konsep ‘pm tepi’ yang mana menjadi kelaziman ketika
mengiklankan barang di dalam laman Facebook dan Instagram. Peningkatan permintaan
pelanggan terhadap pembelian secara dalam talian telah menarik peniaga menggunakan
konsep ini untuk memudahkan urusan perniagaan. Namun, pada hari ini konsep ‘pm tepi’
bukanlah suatu perkara asing terutamanya di bandar-bandar besar. Kajian ini telah memilih
Lembah Klang sebagai lokasi bagi menerokai faktor-faktor penggunaan konsep ‘pm tepi’
dalam kalangan peniaga media sosial. Kajian menggunakan kaedah kualitatif secara
perbincangan kumpulan fokus iaitu informan seramai 15 orang terdiri daripada bangsa
Melayu, Cina dan India dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun yang berada di Kajang,
Petaling Jaya dan Shah Alam. Hasil kajian utama mendapati bahawa peniaga menggunakan
konsep ‘pm tepi’ sebagai salah satu cara strategi pemasaran untuk mempromosikan
barangan di dalam media sosial dan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
daripada pelanggan. Tindakan pelanggan itu sendiri apabila melakukan komen ‘pm tepi’ di
dalam media sosial menyebabkan iklan-iklan tersebut menjadi paparan utama kepada
pelanggan lain dan ini merupakan salah satu cara mempromosikan barang di dalam media
sosial agar ia sering terlihat oleh pelanggan yang menyumbang kepada peningkatan
pembelian barang. Selain itu, strategi pemasarannya adalah menyimpan nombor telefon
pelanggan untuk digunakan sebagai satu langkah memujuk agar tertarik terhadap barang-barang baharu melalui konsep ‘pm tepi’ |
---|