Pengaruh amalan perancangan keluarga terhadap kadar kelahiran wanita di Tawau Sabah
Persempadanan kawasan negara berhampiran seringkali memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada negara jirannya. Hal ini termasuk dalam pengaruh terhadap perkahwinan dan kelahiran anak. Bahkan secara mendalam, ia mempengaruhi kepada keputusan dalam amalan perancangan keluarga. Pengaruh amalan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16440/1/38117-149823-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16440/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Persempadanan kawasan negara berhampiran seringkali memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada negara jirannya. Hal ini termasuk dalam pengaruh terhadap perkahwinan dan kelahiran anak. Bahkan secara mendalam, ia mempengaruhi kepada keputusan dalam amalan perancangan keluarga. Pengaruh amalan perancangan keluarga terhadap kadar kelahiran di Kampung Titingan Tawau Sabah merupakan kajian yang menarik disebabkan pengaruh dalam amalan perancangan keluarga adalah secara konvensional dan turut dipengaruhi oleh amalan perancangan moden. Justeru, kepelbagaian pengaruh pembuatan keputusan terhadap perancangan keluarga akan diterjemahkan melalui artikel ini dengan usaha mengenalpasti amalan gaya hidup dalam merancang kelahiran, mengkaji cara pengurusan ibu bapa terhadap anak-anak, menganalisis umur pasangan yang mengamalkan perancangan keluarga dan menilai keberkesanan amalan perancangan keluarga. Metod kuantitatif melalui instrumen borang soal selidik ditadbir kepada 120 orang responden wanita yang berumur 18 tahun dan ke atas dan telah berkahwin. Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk merancang kelahiran, antaranya ialah kaedah kawalan hormon seperti pengambilan pil perancang, kaedah kekal seperti pembedahan pada tiub fallopian dan kaedah semulajadi. Kaedah yang digunakan berbeza-beza kerana mengikut kesesuaian dan kemampuan individu. Kesannya kepada pembangunan kependudukan ialah berlaku kesukaran bagi mengawal perancangan keluarga dalam semua kumpulan masyarakat secara menyeluruh. |
---|