Cabaran dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Sekolah Lestari di Malaysia

Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLASS) merupakan satu idea yang dibentuk bagi membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Komathy Letchumanan, Rosniza Aznie Che Rose
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16448/1/37640-149839-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16448/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLASS) merupakan satu idea yang dibentuk bagi membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Program ini merupakan program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mendapat kerjasama teknikal daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Justeru itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dan isu yang dihadapi oleh pihak sekolah semasa pelaksanaan Program Sekolah Lestari ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temubual bersemuka untuk mengumpul data. Teknik persampelan bertujuan digunakan terhadap sembilan orang guru yang merupakan penyelaras program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di sekolah telah ditemubual menggunakan temubual bersemuka melalui panggilan video untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan cabaran dan isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program Sekolah Lestari. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program SLAAS adalah: dari segi pengurusan program, kerjasama antara warga sekolah, kekangan masa, kekangan kewangan, dan sokongan ibu bapa serta bantuan agensi luar. Selain itu, terdapat juga beberapa isu yang telah dikenalpasti semasa temubual. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan isu dinyatakan dalam pelaksanaan Sekolah Lestari, namun penerusan program Sekolah Lestari ini akan bakal melahirkan warga sekolah yang peka dan prihatin dengan isu alam sekitar dan akan meningkatkan tahap kesedaran mereka.