Peralihan bahasa dalam kalangan dua generasi Cham Malaysia
Peralihan bahasa merupakan situasi yang memperlihatkan masyarakat secara keseluruhannya memilih untuk menggunakan bahasa asing dengan lebih kerap dan berterusan sehingga menjejaskan bahasa ibunda. Isu peralihan bahasa sering berlaku dalam kalangan minoriti terutamanya mereka yang berhijrah ke da...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16460/1/35164-132450-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16460/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Peralihan bahasa merupakan situasi yang memperlihatkan masyarakat secara keseluruhannya memilih untuk
menggunakan bahasa asing dengan lebih kerap dan berterusan sehingga menjejaskan bahasa ibunda. Isu peralihan
bahasa sering berlaku dalam kalangan minoriti terutamanya mereka yang berhijrah ke dalam masyarakat multilingual.
Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peralihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cham yang telah
berhijrah ke Malaysia berdasarkan analisis domain penggunaan bahasa dan teori mobiliti sosial. Kajian ini dilakukan
di dua kampung Cham di Ulu Tiram Johor. Sebanyak enam belas informan yang berusia dalam lingkungan 12-64 tahun
terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada lapan orang generasi pertama dan lapan orang generasi kedua. Data
kajian diperoleh melalui kerja lapangan dengan melakukan temu bual bersemuka separa berstruktur. Semua temu bual
dirakam dengan izin informan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kekeluargaan tidak mampu mengekalkan
bahasa Cham apabila sebahagian besar informan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dominan sesama
ahli keluarga. Empat informan generasi kedua pula telah beralih sepenuhnya daripada bahasa Cham kepada bahasa
Melayu. Faktor mobiliti sosial, iaitu keetnikan, perubahan etnik dan nasionalisme wilayah telah menyumbang kepada
peralihan bahasa Cham. Kajian ini menyimpulkan bahawa peralihan bahasa Cham telah bermula seawal generasi
kedua tetapi belum lagi mencapai skala yang menyeluruh. Oleh itu, usaha pelestarian bahasa Cham wajar dilakukan
agar bahasa Cham terus kekal di Malaysia. |
---|