Pencapaian profesionalism keguruan dalam kalangan guru agama alumni Academy Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Princess of Naradhiwas University (AIAS-PNU)
Profesionalisme keguruan adalah suatu pencapaian yang sangat penting yang perlu dicapai oleh setiap guru agama. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pembentukan kualiti dan kecemerlangan guru dan pelajar.Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau konsep profesionalisme keguruan dalam perspe...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16464/1/40443-132507-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16464/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Profesionalisme keguruan adalah suatu pencapaian yang sangat penting yang perlu dicapai oleh setiap guru agama.
Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pembentukan kualiti dan kecemerlangan guru dan pelajar.Kertas kerja
ini bertujuan untuk meninjau konsep profesionalisme keguruan dalam perspektif Islam dan tahap pencapaiannya
dalam kalangan guru agama alumni Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University
AIAS-PNU. Bagi mendapatkan maklumat tersebut, dua pendekatan digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan
kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Kajian kuantitatif dijalankan secara temubual terhadap responden yang terlibat
secara langsung dengan guru agama iaitu guru besar dan ahli akademik di sekolah menengah agama swasta di
wilayah Selatan Thailand seramai 16 orang responden. Dalam mengukur pencapaian profesionalisme keguruan ini,
lima item digunakan iaitu moral dan amalan positif, kemahiran intelektual, sosial dan komunikasi, ilmu pengetahuan
dan amanah dan tanggungjawab. Hasil kajian memnunjukkan bahawa item moral dan amalan positif paling tinggi
berada pada tahap baik dengan peratusan 40 peratus diikuti tahap sederhana 35 peratus dan tahap rendah 25 peratus.
Item kemahiran intelektual dapati penilaian paling tinggi ialah tahap rendah dengan peratusan 42 peratus diikuti
tahap sederhana 32 peratus dan tahap baik 26 peratus. Item sosial dan komunikasi dapati penilaian paling tinggi ialah
tahap baik dengan peratusan 60 peratus diikuti tahap sederhana 26 peratus dan tahap rendah 14 peratus. Item ilmu
pengetahuan dapati penilaian paling tinggi ialah tahap sederhana dengan peratusan 55 peratus diikuti tahap baik
23 peratus dan tahap rendah 22 peratus. Akhirnya item amanah dan tanggungjawab dapati penilaian paling tinggi
ialah tahap sederhana dengan peratusan 43 peratus diikuti tahap baik 35 peratus dan tahap rendah 22 peratus. Hasil
kajian secara amnya menggambarkan kedudukan guru agama kelulusan AIAS-PNU berada pada tahap yang sangat
membimbangkan. Demikian berpunca daripada beberapa faktor sama ada aspek dalaman mahupun luaran.Dalam
usaha meningkatkan pencapaian kualiti guru agama adalah tanggungjawab setiap pihak harus bekerjasama dalam
memastikan pencapaian kualiti guru agama berada pada kedudukan yang memberangsangkan. |
---|