Ilmu Kajian Agama-agama dalam tradisi Islam
Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama hari ini menjadi tumpuan dan mendapat perhatian sama ada dalam kalangan individu yang berada di lapangan akademik, dakwah atau awam sehingga pelbagai kursus intensif yang berkaitan ditawarkan. Pelbagai agensi sama ada Pertubuhan Bukan Kerajaan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16465/1/40444-132517-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16465/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama hari ini menjadi tumpuan dan mendapat perhatian sama
ada dalam kalangan individu yang berada di lapangan akademik, dakwah atau awam sehingga pelbagai kursus intensif
yang berkaitan ditawarkan. Pelbagai agensi sama ada Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental
Organization) yang berorientasikan dakwah menyusun silibus dan kursus untuk melahirkan individu berpengetahuan
dalam Ilmu Perbandingan Agama. Artikel ini membincangkan kedudukan Ilmu Kajian Agama-agama dalam tradisi
Islam. Isu-isu utama yang menjadi perbincangan artikel ini ialah: [i] Kajian agama-agama menurut al-Quran dan
Sunah; [ii] Ilmu Kajian Agama-agama subwacana Ilmu Kalam; dan [iii] Ilmu prasyarat (prerequisite) dalam menekuni
Ilmu Kajian Agama-agama. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kajian analisis kandungan. Sumber primer yang
menjadi asas dalam penulisan ini ialah karya-karya Ilmu Kalam dan karya-karya para ilmuwan Islam di dalam kajian
agama-agama. Kesimpulannya, Ilmu Kajian Agama-agama adalah salah satu daripada dua wacana Ilmu Kalam
yang mewacanakan kepercayaan antara penganut agama (intrareligion atau intra-Islam) dengan penamaan seperti
al-Firaq al-Islāmiyyah (Aliran-aliran Pemikiran Islam) dan wacana berkaitan kepercayaan antara agama-agama
(interreligions) dengan penamaan seperti Muqāranah al-Adyān (Perbandingan Agama-agama). Selain itu, Ilmu Kajian
Agama-agama atau secara khusus dialog antara agama bukan bidang amatur yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa
sahaja. Sebaliknya memerlukan kepada individu yang mempunyai tahap pengetahuan akidah yang baik atau secara
khusus penamaannya ‘Ilmu Kalam’dengan penguasaan tema, isu dan dalil secara tafṣil (huraian atau satu persatu)
kerana lapangan ini berisiko menjerumuskan seseorang kepada kecelaruan, keraguan, kesesatan dan kekufuran.
Tuntasnya, Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama menurut tradisi Islam adalah subwacana
kepada Ilmu Kalam. |
---|