Aktiviti masa senggang dan hubungannya dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan hidup pelajar prasiswazah. Seramai 242 orang pelajar prasiswazah dari beberapa buah universiti awam dan swasta di sekitar Lembah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengum...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16557/1/45793-147600-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16557/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara aktiviti masa
senggang dengan kesejahteraan hidup pelajar prasiswazah. Seramai 242 orang pelajar
prasiswazah dari beberapa buah universiti awam dan swasta di sekitar Lembah telah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data primer dilakukan dengan
menggunakan boring soal selidik dan mengaplikasikan teknik persampelan rawak mudah.
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dilakukan.
Kajian rintis ini melibatkan 30 orang responden dan hasil nilai alfa Cronbach menunjukkan
setiap item yang digunakan bagi mengukur konstruk yang dikaji mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi melebihi 0.70. Analisis statistik deskriptif iaitu dalam bentuk
frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis demografi responden manakala statistik
inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisis hubungan di antara
aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan hidup pelajar prasiswazah. Hasil kajian
menunjukkan bahawa aktiviti pasif seperti tidur tidak mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kesejahteraan pelajar. Manakala bagi aktiviti kekeluargaan, sukan dan rekreasi,
ilmiah dan sosial berhubungan secara positif dan signifikan dengan kesejahteraan pelajar
dengan kekuatan hubungan pada tahap lemah. Kesimpulannya, aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar pada masa senggang atau waktu lapang mempunyai hubungan yang signifikan dengan
kesejahteraan hidup pelajar secara menyeluruh. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa
pentingnya waktu senggang dalam kehidupan seharian dan ianya memberikan kefahaman
kepada masyarakat khususnya pihak universiti dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan mahasiswa yang merangkumi elemen akademik dan bukan akademik
demi kesejahteraan hidup pelajar. |
---|