Penafsiran ideologi Pakatan Harapan menerusi penegasan unsur tema dan rema perspektif analisis wacana kritis

Unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana dapat dikaitkan dengan praktis sosial yang ingin diperjuangkan oleh sesebuah parti politik. Selain dapat membentuk unsur tekstual dalam teks, unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana turut membantu dalam penafsiran ideologi sesebuah part...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya, Rohaidah Haron
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16565/1/45813-147635-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16565/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana dapat dikaitkan dengan praktis sosial yang ingin diperjuangkan oleh sesebuah parti politik. Selain dapat membentuk unsur tekstual dalam teks, unsur Tema dan Rema yang digembleng dalam wacana turut membantu dalam penafsiran ideologi sesebuah parti. Kajian ini merupakan kajian analisis wacana kritis (critical discourse anlysis) yang bertujuan untuk menafsir praktis sosial yang tersirat dalam wacana manifesto Pakatan Harapan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur Tema dan Rema dalam wacana manifesto Pakatan Harapan serta menafsir ideologi Pakatan Harapan dengan penggemblengan unsur Tema dan Rema berdasarkan pendekatan analisis wacana kritis. Dengan berpandukan teori analisis wacana kritis (CDA) oleh Fairclough (1989) serta konsep Tema dan Rema yang dibangunkan oleh Halliday (2004) dan Halliday dan Hassan (1976), maka terdapat tiga unsur penegasan Tema yang dapat menafsir ideologi pentadbiran berintegriti, iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, Kami dan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, manakala penegasan unsur Rema pula membuktikan bahawa ideologi tersebut telah distruktur dalam bahagian Rema, iaitu sebagai maklumat baharu. Kedua-dua unsur Tema dan Rema ini telah digembleng oleh pewacana dalam usaha memperjuangkan ideologi pentadbiran berintegriti. Keupayaan pewacana memanfaatkan penegasan unsur Tema dan Rema secara tidak langsung dapat memperomosikan ideologi Pakatan Harapan kepada rakyat dengan lebih jelas dan tersusun.