Tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian
Golongan belia wajar menyertai program pembangunan kerohanian bagi membina jati diri yang mantap. Walaupun program pembangunan kerohanian banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun kecenderungan belia untuk menyertainya kurang memuaskan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap ke...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16572/1/45808-147629-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/16572/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Golongan belia wajar menyertai program pembangunan kerohanian bagi membina jati diri
yang mantap. Walaupun program pembangunan kerohanian banyak dianjurkan oleh pelbagai
pihak, namun kecenderungan belia untuk menyertainya kurang memuaskan. Justeru, kajian ini
dijalankan untuk mengukur tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan
kerohanian dan mengenal pasti perbezaan bagi tahap kecenderungan menyertai berdasarkan
ciri-ciri demografi. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan melalui
borang soal selidik. Sejumlah 623 pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan teknik
pensampelan rawak kelompok berkadar daripada kalangan pelajar prasiswazah Muslim di
Universiti Awam (UA) Malaysia terpilih. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap
kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berada di tahap
sederhana tinggi. Penemuan analisis Ujian-t Sampel Bebas dan ANOVA Sehala membuktikan
tahap kecenderungan mahasiswa menyertai program pembangunan kerohanian berbeza secara
signifikan berdasarkan penginapan di UA, lokasi kediaman, umur, kelayakan akademik
memasuki UA, jenis dan aliran di sekolah menengah dan program pengajian di UA. Namun
begitu, tahap kecenderungan menyertai ini masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan
memandangkan program pembangunan kerohanian dapat membantu mendekatkan diri dengan
Pencipta dan penting dalam pembentukan jati diri mahasiswa. Justeru, institusi pendidikan,
keluarga dan masyarakat perlu memberi galakan dan sokongan kepada golongan belia untuk
menyertai program pembangunan kerohanian serta memberi penekanan kepada pendidikan
agama di peringkat awal bagi memastikan pembangunan belia yang holistik ke arah pembinaan
negara bangsa. |
---|