Pemetaan aset dan penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat pada masa kini. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti tarika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Syafawani Nordin, Habibah Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16617/1/272-Article%20Text-389-1-10-20200427.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16617/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat pada masa kini. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti tarikan, ketersampaian, kemudahan, pakej pelancongan, aktiviti pelancongan dan perkhidmatan sampingan. Kawasan kajian adalah di Kilim Karst Geopark dan Makam Mahsuri yang merupakan salah satu kawasan dalam Daerah Langkawi, Kedah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti aset pelancongan yang terdapat di Kilim dan Makam Mahsuri, mengenalpasti tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan dan menganalisis impak penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal-selidik yang diedarkan kepada 70 orang komuniti Kilim dan Makam Mahsuri mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset di Kilim dan Makam Mahsuri. Hasil kajian juga mendapati tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan pada tahap sederhana dan impak yang positif terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran. Akhir sekali, sektor pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri memberi kesan positif kepada komuniti setempat seperti meningkatkan pendapatan, komunikasi, kemahiran sekaligus memajukan kawasan tersebut.