Pelaporan isu kelapa sawit dalam tajuk akhbar dalam talian: analisis pragmatik

Dalam tempoh satu dekad, penghasilan minyak sawit oleh Malaysia menghadapi cabaran daripada negara-negara kesatuan Eropah. Mereka menuduh yang penghasilan minyak sawit telah menyebabkan ancaman pada alam sekitar, kepupusan orang utan dan eksploitasi buruh. Sebagai balasan akhbar Malaysia telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maslida Yusof, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Karim Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16652/1/46508-152424-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16652/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dalam tempoh satu dekad, penghasilan minyak sawit oleh Malaysia menghadapi cabaran daripada negara-negara kesatuan Eropah. Mereka menuduh yang penghasilan minyak sawit telah menyebabkan ancaman pada alam sekitar, kepupusan orang utan dan eksploitasi buruh. Sebagai balasan akhbar Malaysia telah banyak menulis bagi menangkas dakwaan ini. Kajian ini bertujuan menganalisis tajuk-tajuk berita mengenai minyak sawit yang digunakan dalam akhbar dalam talian berbahasa Melayu dari perspektif pragmatik. Analisis pragmatik yang difokuskan dalam kajian ini ialah jenis-jenis lakuan tutur yang digunakan sebagai tajuk berita. Berita tentang isu-isu kelapa sawit yang dilaporkan dalam akhbar dalam talian dipilih dari tahun 2017 sehingga 2020. Data diperoleh daripada tiga akhbar dalam talian iaitu Malaysiakini (malaysiakini.com), Berita Harian (bharian.com.my) dan Harian Metro (hmetro.com.my). Sebanyak 70 data tentang isu kelapa sawit telah dikumpulkan secara rawak dan dianalisis menggunakan Taksonomi Lakuan Tutur Searle (1979). Hasil kajian menunjukkan bahawa penulis tajuk berita menggunakan empat jenis lakuan tutur iaitu asertif, direktif, komisif dan ekspresif sebagai cara untuk melaksanakan maksud yang dihajatkan dan menyampaikan mesej kepada pembaca mengenai isu industri sawit Malaysia. Jelasnya, daripada empat jenis lakuan yang digunakan di atas, akuan asertif yang paling kerap digunakan sebagai tajuk berita. Ini memenuhi ciri asertif dalam pelaporan berita atau penyebaran maklumat mengenai minyak sawit kepada pembaca.