Penemuan terkini bukti kebudayaan megalitik dan pengebumian tempayan di Sabah
Kajian mengenai kebudayaan megalitik di Sabah telah pun dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu seperti Tom dan Barbara Harrisson serta Peter R. Phelan. Kajian mereka tertumpu kepada tinggalan batu megalit di kawasan pantai barat dan pedalaman seperti di Penampang, Tambunan dan Keningau....
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16709/1/188-318-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16709/ http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/30 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian mengenai kebudayaan megalitik di Sabah telah pun dilakukan oleh
beberapa pengkaji terdahulu seperti Tom dan Barbara Harrisson serta Peter R.
Phelan. Kajian mereka tertumpu kepada tinggalan batu megalit di kawasan pantai
barat dan pedalaman seperti di Penampang, Tambunan dan Keningau.
Kesemuanya boleh dikategorikan sebagai kawasan kediaman masyarakat
Kadazandusun yang sinonim dengan aktiviti pertanian padi sawah. Masih belum
ada kajian terhadap tinggalan batu megalit yang terdapat di kawasan
pergunungan yang sinonim dengan masyarakat Kadazandusun yang menanam
padi bukit. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan satu penemuan baharu
mengenai tradisi megalitik di Kampung Bundu Gulu dalam daerah Tuaran, Sabah
yang mewakili masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kawasan pergunungan.
Kajian ini penting untuk melihat sama ada terdapat perbezaan daripada segi
bentuk, seni dan fungsi batu megalit dalam kalangan pengamalnya di Sabah.
Memandangkan batu megalit tersebut ditemui bersama-sama dengan kubur
tempayan maka pengkaji membincangkannya secara bersama dalam kajian ini.
Untuk itu, pengkaji telah melakukan satu survei lapangan di samping temubual
terhadap individu yang berautoriti di kawasan tersebut. Hasilnya pengkaji
mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 5 lokasi batu megalit dan 6
kubur tempayan ditemui di kawasan tersebut. |
---|