Penelitian awal terhadap motif hiasan timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordiana Nasuha Molinka, Baszley Bee B. Basrah Bee, Maureen De Silva
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16713/1/189-322-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16713/
http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/30
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Manakala penemuan lain di Borneo ialah dua buah gendang gangsa yang ditemui di Sambas, Kalimantan Barat. GGTD yang berkondisi 30% sempurna dan rapuh kini dipamerkan di Muzium Sabah. Kondisi fizikal ini telah menyukarkan proses kajian fizikalnya khususnya pengecaman motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantel gendang. Lantaran itu, proses pendokumentasian fizikal gendang ini perlu dilakukan sebelum sebarang usaha konrservasi atau restorasi dilakukan. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini. Kajian seumpama ini sangat penting bagi memberikan data dan nilai terhadap gendang ini. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan terkini mengenai hiasan pada timpanum dan meletakkan GGTD setara dengan kajian gendang gangsa yang lain.