Tabarruj dan fesyen pakaian muslimah pada zaman kini
Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan Muslimah secara khususnya sangat hebat melanda masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, kemunculan para pereka fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna, fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita. Dalam fenome...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16725/1/43945-154717-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/16725/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan Muslimah secara khususnya sangat hebat melanda
masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, kemunculan para pereka fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna,
fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita. Dalam fenomena ini, etika pakaian Islam
dan tabarruj tentunya diketepikan secara sengaja atau tidak sengaja oleh sebahagian Muslimah kerana keghairahan
mereka dalam mengejar fesyen ‘up-to-date’. Ini bermakna, aspek pakaian patuh Syariah dan isu tabarruj merupakan
perkara yang dianggap agak remeh dan kurang penting kepada masyarakat Islam. Walaupun demikian, seharusnya isu
ini tidak kekang daripada perbincangan umum kerana ia pada hakikatnya melibatkan hal ehwal Muslimah, yang mana
ia bukan sahaja meliputi aspek pakaian dan personaliti, tetapi ia juga merangkumi tingkah laku dan maruah para
wanita yang tentunya memberi kesan yang besar kepada nilai-nilai masyarakat. Oleh itu, artikel ini cuba menerokai
fenomena pakaian Muslimah yang terkini di Malaysia dan isu-isu tabarruj secara ilmiah dan kritis. Di samping
itu, etika pakaian yang disarankan dalam Islam juga diutarakan kepada para Muslimah. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian kepustakaan sahaja dengan menganalisis buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain lagi. Hasil kajian
mendapati pakaian Muslimah pada zaman kini dilihat bukan lagi satu keperluan untuk menutup aurat semata-mata,
tetapi juga untuk berfesyen. Fesyen pakaian dan perhiasan Muslimah yang pelbagai gaya dan rekaan, kadang kala
mengheret mereka kepada ketidakpatuhan etika pakaian Syariat dan pada masa yang sama, mereka terjerumus ke
dalam budaya tabarruj. |
---|