Nilai patriotisme dalam pantun Pak Nazel
Kajian ini membicarakan nilai murni dalam Pantun Pak Nazel dengan memberi tumpuan khusus ke atas nilai patriotisme. Data kajian berfokuskan kepada buku Pantun Pak Nazel yang mengandungi 1229 rangkap pantun yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2010. Kajian yang berorientasika...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16754/1/jatma-2021-0902-04.pdf http://journalarticle.ukm.my/16754/ https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini membicarakan nilai murni dalam Pantun Pak Nazel dengan memberi tumpuan khusus ke atas nilai
patriotisme. Data kajian berfokuskan kepada buku Pantun Pak Nazel yang mengandungi 1229 rangkap pantun yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2010. Kajian yang berorientasikan kajian kepustakaan ini
mengaplikasikan teknik bacaan rapi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Pantun Pak Nazel memang sesuai
untuk dijadikan bahan tambahan pelajaran bahasa Melayu (Komsas) dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.
Koleksi pantun ini dilihat berpadanan dari segi 21 nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Pantun-pantun
koleksi Hashim Mohamad (Pak Nazel) dapat mendidik khalayak pembaca terutama kalangan remaja dalam aspek
nilai kehidupan supaya mempunyai jati diri dan warganegara yang bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan
negara dengan mempunyai nilai patriotik yang utuh dalam diri. Didikan secara tidak langsung ini menggunakan
pantun sebagai medium pengantara memberikan satu peluang suntikan secara halus menyampaikan hasrat Pak Nazel
mengetengahkan nilai-nilai murni dalam pantun. Bahasa yang disampaikan amat sesuai dan bicara nurani dalam
maksud-maksud pantun ciptaan Pak Nazel sampai kepada khalayak pembaca. Genre puisi tradisional ini telah memberi
ruang dalam dunia pendidikan dalam penerapan nilai-nilai murni sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan zaman. |
---|