Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia
Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16758/1/jatma-2021-0902-08.pdf http://journalarticle.ukm.my/16758/ https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani
pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan
negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebuah negara. Negara bangsa
didefinisikan sebagai pembentukan negara berasaskan kepada proses penyatuan bangsa yang diperkuatkan dengan
persempadanan wilayah tertentu dalam pembentukan identity sebuah wilayah. Malaysia dan Indonesia yang mempunyai
masyarakat pelbagai etnik telah menempuh cabaran dalam proses pembinaan negara bangsa yang melibatkan bahasa,
agama, globalisasi, isu-isu perlembagaan dan lain-lain. Artikel ini akan menganalisis peranan bahasa khususnya
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai antara elemen utama dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan
di Indonesia. Kajian ini menujukkan bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada
setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Semua pihak perlu memahami, menghayati dan mengaplikasikan
konsep pembinaan negara bangsa dalam menghasilkan proses pembinaan negara yang lebih kemas dan kukuh.
Satu nilai yang dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia. Kajian ini
menyimpulkan bahawa kunci kepada kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah pelaksanaan dalam aspek perpaduan
dalam kepelbagaian dan perpaduan yang lahir dalam kepelbagaian. |
---|