Persepsi terhadap penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun: kajian kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil
Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka. Pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti oleh calon. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya politik y...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16780/1/312-Article%20Text-468-1-10-20200713.pdf http://journalarticle.ukm.my/16780/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka.
Pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti
oleh calon. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya
politik yang bersikap kritis dan ingin tahu dengan lebih lanjut terhadap sesuatu isu dan
mementingkan ketelusan dan integriti. Oleh itu adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis
pandangan terhadap penurunan had umur 18 tahun di kawasan DUN Dengkil. Kaedah kuantitatif
menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 100 responden di DUN Dengkil manakala
kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual bersemuka terhadap 10 orang informan yang terdiri
daripada ahli politik, pemimpin setempat, aktivis sosial dan orang awam. Data yang diperoleh telah
dianalisis menggunakan program statistik SPSS. Hasil kajian mendapati responden menyambut baik
penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun. Kadar literasi politik dalam kalangan golongan
muda juga adalah baik sama ada dari dimensi idea atau institusi melalui pengetahuan tentang konsep
politik dan pentadbiran serta penguasaan dalam isu-isu politik setempat dan nasional. Kajian ini
telah membawa pengukuhan kepada konsep literasi politik yang akan mempengaruhi partisipasi
masyarakat ke dalam politik dengan lebih matang dan rasional. |
---|