Teknologi pertukangan Melayu dalam pembuatan kapal tradisional
Kajian ini berfokuskan kepada teknologi pertukangan melayu dalam pembuatan kapal tradisional. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami dunia pertukangan Melayu kerana pertukangan Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Terdapat tiga objektif kajian yang telah diken...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16785/1/317-Article%20Text-496-1-10-20201005.pdf http://journalarticle.ukm.my/16785/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini berfokuskan kepada teknologi pertukangan melayu dalam pembuatan kapal tradisional.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami dunia pertukangan Melayu kerana pertukangan
Melayu semakin dilupakan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Terdapat tiga objektif kajian
yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Pertama, mengenalpasti jenis kapal yang paling mendapat
sambutan daripada pelanggan. Kedua, menjelaskan proses-proses pertukangan kapal dan yang
ketiga ialah menganalisis teknologi yang digunakan dalam pertukangan kapal. Objektif kajian ini
ialah untuk mengenalpasti jenis kapal tradisional yang dihasilkan oleh tukang kapal. Selain itu,
pengkaji juga akan menerangkan dan menjelaskan proses-proses pertukangan kapal. Pengkaji telah
pun mengenalpasti proses-proses pembuatan kapal tradisional daripada informan iaitu tukang kapal
itu sendiri. Dan akhir sekali, pengkaji akan mengenalpasti teknologi-teknologi pertukangan kapal
sama ada teknologi moden mahupun teknologi terkini. Teknologi yang dimaksudkan ialah teknologi
dari segi penggunaan mesin dan juga alatan tangan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi
iaitu kaedah pemerhatian, kerja lapangan, temubual dan bahan-bahan bacaan daripada
perpustakaan. Hasil penemuan kajian ini mendapati walaupun teknologi semakin canggih, namun
tukang kapal masih menggunakan alatan tangan dalam beberapa proses pertukangan kapal. Ini
menunjukkan bahawa tukang sangat menghargai kesenian pertukangan Melayu. Hal ini secara tidak
langsungnya dapat mengekalkan kesenian warisan terutamanya untuk generasi yang akan datang. |
---|