Rebakan urbanisasi dan perubahan sosio - ekonomi penduduk pinggir bandar: kajian kes di Seberang Takir, Kuala Terengganu

Kampung Seberang Takir merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Malaysia dan majoriti penduduknya Melayu telah menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka. Pembinaan Jambatan Angkut baharu yang menghubungkan Seberang Takir ke Ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Faisal Afiq Abu Kaslan, Hamzah Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16794/1/330-Article%20Text-491-1-10-20200715.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16794/
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kampung Seberang Takir merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Malaysia dan majoriti penduduknya Melayu telah menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka. Pembinaan Jambatan Angkut baharu yang menghubungkan Seberang Takir ke Bandar Kuala Terengganu telah menyebabkan aksesibiliti penduduk ke bandar menjadi tinggi. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya rebakan urbanisasi ke kawasan terbabit. Permasalahan yang dibimbangi oleh penduduk Seberang Takir akibat pembinaan jambatan terbabit adalah kesan buruk terhadap pengusaha bot tambang yang menjalankan operasi bot tambang ulang alik. Seterusnya, kebimbangan lambakan warga luar Seberang Takir di kampung terbabit kerana aksesibiliti ke bandar adalah tinggi. Permasalahan lain adalah kemunculan beberapa ekonomi lokal yang baharu dan berkemungkinan tidak didominasi penduduk asal Seberang Takir. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti proses rebakan urbanisasi yang berlaku di Kampung Seberang Takir. Seterusnya adalah mengkaji faktor-faktor rebakan urbanisasi terhadap sosio-ekonomi penduduk di Kampung Seberang Takir dan meneliti impak rebakan urbanisasi terhadap sosio-ekonomi penduduk Kampung Seberang Takir. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dimana seramai 10 orang informan daripada pelbagai latar belakang telah ditemu bual. Carian data awal juga telah dijalankan oleh pengkaji di pejabat-pejabat kerajaan seperti majlis daerah dan jabatan pelancongan. Dapatan mendapati bahawa berlakunya rebakan urbanisasi di kawasan kajian hingga menyebabkan berlakunya perubahan akibat impak daripada rebakan ini. Kesimulannya, kajian dapat mengenalpasti pembangunan di Seberang Takir mampu memberikan manfaat kepada sosioekonomi penduduk Seberang Takir.