Bila dan mengapa ‘you’ menjadi ‘kita’: satu analisis perbandingan Inggeris-Melayu

Penggunaan kata ganti nama diri orang berbeza daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Perbezaan paling ketara antara bahasa Inggeris dan Melayu terdapat pada penggunaan kata ganti nama diri orang kedua. Terdapat pelbagai pilihan dalam bahasa Melayu bagi terjemahan kata ganti nama kedua Ingge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Zain Sulaiman, Muhamad Jad Hamizan Mohamad Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16820/1/43225-143255-3-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16820/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan kata ganti nama diri orang berbeza daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Perbezaan paling ketara antara bahasa Inggeris dan Melayu terdapat pada penggunaan kata ganti nama diri orang kedua. Terdapat pelbagai pilihan dalam bahasa Melayu bagi terjemahan kata ganti nama kedua Inggeris yang merujuk secara eksklusif kepada diri orang kedua, iaitu definite you. Penentuan pilihan tersebut bergantung pada faktor-faktor sosio-budaya. Terdapat juga satu jenis lagi kata ganti diri you yang merujuk kepada manusia secara umum dan tidak terhad kepada orang kedua yang dikenali sebagai indefinite you. Dua kamus utama Inggeris-Melayu memberi dua padanan yang bercanggah bagi indefinite you dalam bahasa Melayu. Tinjauan literatur pula tidak menemukan sebarang kajian mahupun perbincangan akademik tentang padanan indefinite you dan terjemahannya yang sesuai dalam bahasa Melayu. Justeru, dengan menggunakan kaedah analisis teks selari (parallel text analysis) makalah ini mengkaji bagaimana fungsi indefinite you direalisasikan secara sejadi dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umumnya, fungsi indefinite you tidak direalisasikan menggunakan mana-mana varian kata ganti diri kedua dalam bahasa Melayu seperti ‘anda’, ‘engkau’, ‘awak’ dan ‘kamu’. Sebaliknya, terdapat dua kaedah lain yang digunakan: (a) penggunaan perkataan-perkataan yang merujuk kepada manusia secara umum seperti ‘orang’, ‘seseorang’, ‘siapa-siapa’ dan ‘sesiapa’; dan (b) penggunaan kata ganti nama diri orang pertama jamak ‘kita’. Kajian ini turut membincangkan asbab di sebalik pemilihan ‘kita’ dalam bahasa Melayu sebagai kata ganti diri tidak tentu dari perspektif linguistik dan budaya.