Eksploitasi unjuran pinggir untuk penyetempatan plat kenderaan bebas laluan
Di Malaysia, sistem pengecaman kenderaan (SPK) seperti pengecaman plat kenderaan dan pengiraan kenderaan berkembang pesat di pelbagai bidang seperti mengenal pasti identiti kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa keselamatan dan sistem kutipan tol elektronik oleh agensi-agensi l...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16842/1/03.pdf http://journalarticle.ukm.my/16842/ https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Di Malaysia, sistem pengecaman kenderaan (SPK) seperti pengecaman plat kenderaan dan pengiraan kenderaan
berkembang pesat di pelbagai bidang seperti mengenal pasti identiti kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh
pihak berkuasa keselamatan dan sistem kutipan tol elektronik oleh agensi-agensi lebuh raya. Menemui kawasan
diminati dalam suasana illuminasi berselerak di jalan bebas laluan menyebabkan mengesan plat kenderaan
menjadi rumit dalam SPK. Kaedah unjuran pinggir dikatakan lasak kepada illuminasi namun, ia cenderung
mencipta pinggir palsu dan peka kepada kebisingan yang mengancam kepada prestasi pengecaman. Justeru, kajian
ini bermatlamat untuk mencadangkan satu kaedah penyetempatan plat kenderaan menggunakan ekspoitasi
unjuran pinggir yang mengandungi empat langkah utama iaitu pra-pemprosessan, carian blob segi empat, analisis
dan projeksi menegak blob-blob segi empat. Ia mengira jumlah informasi pinggir yang terdapat dalam blob pada
setiap paksi-Y dalam imej. Kaedah penyetempatan ini kemudiannya diuji menggunakan set data plat kenderaan
Eropah iaitu set data Baza Slika yang memilik 167 imej kenderaan dan set data Ondrej yang memiliki 97 imej kenderaan. Hasil kajian menunjukkan kaedah cadangan mengatasi kaedah cadangan Ondrej dengan skor ketepatan
95% pada set data Baza Slika dan sedikit rendah pada set data Ondrej iaitu 91% skor ketepatan. Selanjutnya,
kaedah cadangan diuji menggunakan set data plat Malaysia iaitu Set Data Tol Sungai Long yang memiliki 584
imej kenderaan berbeza situasi pencahayaan, iaitu 297 imej pada waktu pagi, 140 imej pada waktu petang dan
147 imej pada waktu malam. Kaedah cadangan mengatasi kaedah penanda aras yang lain dan skor ketepatan
sebanyak 91.24%, 93.57% dan 75.51% pada masing-masing waktu pagi, petang dan malam. |
---|