Peranan pemerhati pilihan raya: kajian kes Malaysia

Bagaimanakah peranan dan batasan yang dipunyai oleh organisasi pemantau pilihan raya domestik (DEMO) dalam sebuah sistem yang terletak dalam di tengah-tengah kontinum demokrasi/autokrasi seperti Malaysia? Meskipun aktiviti DEMO di Malaysia telah bermula sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 hin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Takiyuddin Ismail, Norazam Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16855/1/47781-154738-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16855/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bagaimanakah peranan dan batasan yang dipunyai oleh organisasi pemantau pilihan raya domestik (DEMO) dalam sebuah sistem yang terletak dalam di tengah-tengah kontinum demokrasi/autokrasi seperti Malaysia? Meskipun aktiviti DEMO di Malaysia telah bermula sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 hinggalah sepuluh siri pilihan raya kecil yang di adakan selepas PRU 2018 yang bersejarah, ia dilihat tidak begitu menonjol sebagai pihak ketiga yang mempunyai legitimasi berbanding DEMO di beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Artikel ini menemukan tiga faktor yang berperanan dalam mempengaruhi operasi DEMO di Malaysia iaitu sistem pilihan raya Malaysia yang bersifat dwi-karektor, polarisasi yang berlaku dalam masyarakat sivil serta sifat politik dalam kalangan DEMO. Biarpun pasca PRU 2018 menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempelbagaikan penglibatan DEMO, ia ironinya mewujudkan pertumpuan dalam kalangan DEMO yang pro-Pakatan Harapan. Dapatan juga menyarankan yang tiga faktor penting yang dianggap menyumbang kepada kemajuan DEMO – penglibatan masyarakat sivil, penyaluran bantuan demokrasi dan juga kombinasi rungutan dan struktur peluang politik – tidak memainkan peranan melengkapkan di Malaysia.