Hukuman terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia : pencegahan atau pemulihan?
Sistem keadilan juvenil telah dilaksanakan di Malaysia lebih 50 tahun. Sepanjang tempoh ini, mahkamah Malaysia telah mengaplikasi teori hukuman yang berbeza, seperti, pencegahan, retribusi, incapacitation dan pemulihan. Namun, apabila berhadapan dengan pesalah kanak-kanak, mahkamah di Malaysia le...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Fakulti Undang - Undang
2009
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1689/ http://ejournal.ukm.my/juum |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Summary: | Sistem keadilan juvenil telah dilaksanakan di Malaysia lebih 50 tahun. Sepanjang tempoh
ini, mahkamah Malaysia telah mengaplikasi teori hukuman yang berbeza, seperti,
pencegahan, retribusi, incapacitation dan pemulihan. Namun, apabila berhadapan
dengan pesalah kanak-kanak, mahkamah di Malaysia lebih cenderung untuk
mengaplikasikan teori pencegahan atau teori pemulihan. Dalam usaha tersebut,
mahkamah telah menghadapi kesukaran untuk mengimbangi antara kepentingan
kanak-kanak dan kepentingan awam. Sehubungan itu, kajian ini berobjektifkan
menganalisis kedua-dua teori hukuman, pencegahan dan pemulihan, serta pemakaiannya
oleh mahkamah Malaysia dalam konteks pesalah kanak-kanak. Dengan menggunakan
kaedah analisis teks berdasarkan kes-kes yang dilaporkan yang melibatkan pesalah
kanak-kanak, kajian mendapati bahawa mahkamah di Malaysia lebih cenderung
mengguna pakai teori pencegahan bagi pesalah kanak-kanak. Ini disebabkan pemakaian
teori ini berupaya memelihara kepentingan awam. Kedua, hukuman bersifat deteren
berupaya mencegah pesalah daripada mengulangi jenayah yang sama. Walau
bagaimanapun, artikel ini mempertahankan bahawa teori pemulihan melindungi
kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, mahkamah di Malaysia
menggunakan teori pemulihan dalam bentuk yang terhad iaitu untuk kesalahan-kesalahan
ringan dan pada umur tertentu. Walaupun teori ini masih belum diaplikasi secara meluas,
teori pemulihan mempunyai potensi yang besar dan berupaya dibangunkan sebagai satu
kerangka bagi sistem keadilan jenayah juvenil di Malaysia |
---|