Prestasi koperasi pekebun kecil sawit: perbandingan di antara model koperasi pekebun kecil FELDA, FELCRA dan KPSM
Kajian ini bertujuan menghurai dan menganalisis varians pencapaian item prestasi kewangan dan bukan-kewangan dalam model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit (PKS) FELDA, FELCRA dan KPSM. Model perniagaan koperasi yang berbeza berpotensi mewujudkan variasi dalam prestasi. Kajian ini menggun...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17009/1/44260-142101-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17009/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan menghurai dan menganalisis varians pencapaian item prestasi kewangan dan
bukan-kewangan dalam model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit (PKS) FELDA, FELCRA
dan KPSM. Model perniagaan koperasi yang berbeza berpotensi mewujudkan variasi dalam
prestasi. Kajian ini menggunakan teknik survei bagi mengumpul data daripada 234 buah koperasi
sawit di Semenanjung Malaysia. Analisis statistik deskriptif, ANOVA-Satu Hala dan Analisis Post
Hoc telah digunakan bagi menganalisis data. Hasil menunjukkan kebanyakan koperasi PKS
cenderung menggunakan strategi pembezaan produk/perkhidmatandengan cara menawarkan
perkhidmatan pusat pengumpulan buah sawit dan mengurus kerja ladang kepada ahli sebagai
usahanya menjana pendapatan. Hasil ujian ANOVA mendapati koperasi KPSM berbeza min
secara signifikan dengan model koperasi FELDA dalam item prestasi kewangan berkaitan
“mencapai untung sasaran” dan “kekukuhan kedudukan tunai bagi menyelesaikan liabiliti jangka
pendek”. Pada masa yang sama model FELDA dan FELCRA berbeza secara signifikan dalam
pencapaian item prestasi kewangan berkaitan “bayaran dividen minimum kepada ahli-ahli”. Di
samping itu, petunjuk prestasi bukan kewangan juga menunjukkan perbezaan min yang signifikan
di antara koperasi KPSM dan FELDA pada item “bantuan pendidikan kepada anak-anak ahli”.
Kajian ini menyumbang kepada ilmu dengan mengemukakan perbincangan prestasi merentasi
model koperasi berbeza dalam konteks koperasi pekebun kecil sawit (PKS) di Malaysia. Implikasi
praktikal kajian ialah pengurusan koperasi boleh mengoptimumkan kelebihan semulajadi entiti
koperasi bagi memperkasa daya saing iaitu menerusi peluang kawalan ke atas seluruh rantaian
nilai aktiviti sawit dan manfaat hubungan simbiotik dengan agensi induk. Daripada sudut ilmu,
kajian ini telah menambah ilmu baharu dalam skop bidang Kelakuan Organisasi dan Pengurusan
Strategik dengan mengemukakan dapatan mengenai prestasi koperasi PKS yang masih kurang
dikaji. |
---|