Ketagihan penggunaan media sosial terhadap gaya hidup belia
Pada era globalisasi ini tidak dapat dinafikan dunia telah mencipta banyak teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai medium jaringan mengikut kehendak masing-masing. Penggunaan media sosial merupakan saluran komunikasi secara digital yang m...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17021/1/44758-144052-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17021/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1359 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pada era globalisasi ini tidak dapat dinafikan dunia telah mencipta banyak teknologi canggih
untuk memudahkan para pengguna mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai
medium jaringan mengikut kehendak masing-masing. Penggunaan media sosial merupakan
saluran komunikasi secara digital yang membolehkan para pengguna untuk berkongsi maklumat,
berinteraksi dengan segera, berkomunikasi secara dua hala dan penghantaran mesej yang cepat.
Media sosial menjadi platform masa kini yang disenangi oleh semua penggunanya. Hal ini
disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di dalam media sosial yang canggih ini dapat menarik
perhatian belia di Malaysia mendorong kepada ketagihan dalam penggunaan media sosial dan
secara langsung mempengaruhi gaya hidup belia. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah
untuk mengkaji faktor utama yang menyebabkan ketagihan penggunaan media sosial dan
mempengaruhi gaya hidup belia. Metodologi kajian yang digunakan adalah menggunakan
kaedah kauntitatif iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada 82 responden dari kalangan
belia di UniKL-MFI sama ada daripada pelbagai peringkat umur iaitu dari umur 19 tahun
sehingga 35 tahun kerana fokus kajian ini adalah lebih kepada faktor-faktor belia ketagih dalam
penggunaan media sosial. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor yang mendorong belia
ketagih dengan penggunaan media sosial adalah penggunaan internet, penggunaan alatan gadjet,
rangkaian sosial yang meluas, kebergantungan sumber maklumat, penggunaan sumber hiburan,
penggunaan games online dan kebergantungan komunikasi melalui media sosial. Sebagai
kesimpulannya, faktor yang paling tinggi adalah faktor penggunaan internet yang mencatatkan
skor min pada tahap yang tinggi iaitu (M=4.64) yang menunjukkan penggunaan internet dalam
kalangan belia mendorong kepada ketagihan media sosial. Ketagihan penggunaan media sosial
secara tidak langsung telah mempengaruhi gaya hidup belia dari segi aktiviti, minat, pendapat
dan masa yang diperuntukkan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, masalah ketagihan
penggunaan media sosial ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak agar dapat dibendung supaya
ia tidak akan menjejaskan pembangunan belia pada masa hadapan. |
---|